Feed on
Posts
comments

Wanita…

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Ingatan bersama..

Baru saja dapat email dari seorang sahabat yang sangat prihatin:) tajuk yg sangat menarik utk dikongsi bersama…HUKUM ISTERI MELETERI SUAMI..semoga menjadi ingatan pada saya dan semua k..insyaAllah

Renung-renungkan dan selamat beramal…

” Abang ni balik saja kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu sajalah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot… pet….. ” leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikit pun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. ” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: ” Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan .” Aku bertanya, ” Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? ”

Baginda menjawab, ” Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit. Aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. ”

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, ” Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. ”

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumahtangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: ” Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? ”

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: ” Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. ”

Bagi kaum wanita & lelaki yang sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua… insya’Allah..

Buat abg..selalu balik kerja abg terus nak peluk cium Hafiy..hny selalu bising “abg, basuhla kaki dulu syg!”..mungkin abg selalu lupa..dat’s why hny selalu ingatkan NOT selalu leter..kan syg?!:P

Muslimin idaman~~(@

Salam sayang buat semua,

Semoga hari2 yang dilalui  sentiasa ceria dan bermakna di samping insan2 yang tersayang..

Terdorong utk post tajuk muslimin idaman atas pertanyaan rakan2 dan adik2 yang ingin mencungkil rahsia mencari jejaka idaman..

Saya bukanlah orang yang sesuai utk menceritakan bagaimana utk kita lebih2 lagi wanita utk mencari ‘Muslimin idaman’..semuanya atas urusan kerja Allah yang telah menentukan jodoh kita. Idaman selalu dikaitkan dengan yang terbaik, tercantik, terbijak…… Dan utk mendapatkan itu semua, tidak perlu fikir jauh..hanya perlu lihat diri kita sendiri. Sejauh mana kita dekat dengan semua perkara itu. Makin dekat kita dgn perkara2 itu, insyaAllah kita juga akan memiliki yang seumpama dgnnya. Dan berdoalah sentiasa agar dikurniakan seseorang yang mampu membimbing dan menjaga kita dunia akhirat..InsyaAllah

Di sini, ingin dikongsi ‘Muslimin Idaman’ yang saya idamkan sebelum berjumpa my Mr. RIGHT=) Walaupun tau diri tak sehebat dan setinggi mana..namun di sudut hati kecil tetap menginginkan yang terbaik utk diri ini..lumrah manusia

 

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat
perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari
memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu
yang bisa menggoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan
yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan
yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah
mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang
dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah
membangkang kemungkaran
dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi
yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya
memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah

Kepada sahabat2 dan adik2ku..sesungguhnya insan yang telah ditentukan utk bersama kita adalah gandingan yg paling cantik telah Allah ciptakan. Mungkin bukan yang kita idamkan..tetapi lelaki yang kita perlukan=)

I LOVE U SYG..SOOOO MUCH!

Hafiy LOVES….

hafiy rest jap ye ummi..

Salam buat semua,

Pantasnye masa berlalu..
Muhammad Hafiy Padli telah pun masuk 4 bulan=)

Setinggi kesyukuran padaNya kerana memudahkan urusanku menjaga puteraku..
Dalam setiap solat kupohon agar aku mampu menjaga dan memberi didikan yang sempurna padanya..dan semoga puteraku menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

Semakin meningkat umurnya..semakin bijak mengenali ummi dan mamanya.
Akan tersenyum panjang bila ummi mama memanggil nama..
Sangat suka swimming dalam bath tub comel die..

Maybe ‘kidal’ person sbb kerap isap left fingers..tp sometimes left n right fingers pun masuk sekali
Lately ni, semua jari2 die nak masukkan dalam mulut one time..mcm tersangatla lapar anak ummi ni=)kelakar ade kesian pun ade tgk aksi die..
Takpe syg ye..nex month ummi start bagi hafiy juices n mash food k..sukela tu=)
Loves to peluk2 n main ngan ‘bobo’ bear die..
Skrg nak sleep kena dodoi ngan zikir..so, susahla maid sri lanka tu nak sleepkan die..
Loves to gentel2 selimut mucuk die n dah kuat menggenggam serta cubit ummi..kalau feeding time mesti nak genggam jari ummi
Loves to play with mirror jgk..suke sgt sampai ketawa sendiri=)
Lagi ketawa besar bile mama die nak terkam n tickle armpit die..
Tapi, x suka tido kat bed sendiri..nak tido dgn ummi jgk..
Sgt sensitif dgn bunyi bile tido..senang terjaga. Pergi tempat bising mmg die x bole tido..

Emm, so miracle n excited sgt tgk perkembangan bayi..semuanya kuasa Allah. Pada kwn2 yg bakal n baru dapat first baby..to akmar,a’a,ctoon,malin,dian,soya,azie,ayu,mut,lin,zue,yana,sal n lain2..TAHNIAH n enjoy d new life k=)

~~:Dulu dan Kini:~~

Salam sayang buat semua,

Penulisan blog kali ini dgn title yg baru..as an ‘UMMI’ now=) Dengan kehadiran Muhammad Hafiy sedikit sebanyak terasa perubahan hidup dalam hidup Hny dan Abg. Buat bakal2 mummy dan daddy..keterujaan menyambut baby yg bakal lahir harus diteruskan sehingga baby lahir dan dewasa menjadi insan kamil.

Tak dapat dinafikan kadang2 utk mengejar yg terbaik..kite penat dan rasa tertekan. Namun, suami harus sama2 menyokong dan membantu isteri dalam mendidik dan mengasuh anak. Pengalaman pertama menjadi ibu padaku amat menakjubkan..betapa besarnya kuasa Mu Ya Allah memberi ku tenaga, kudrat, semangat dan ‘skill’ dalam menjaga baby. Jauh dari keluarga membuatkan Hny dan Abg harus berdikari dan sama2 membantu dalam usaha memberikan Hafiy yg terbaik.

Alhamdulillah, Hafiy membesar dgn baik..seorang anak yg x byk ragam, suke sgt tersenyum dan ketawa, buat Ummi selalu rindu kat dia! Abg, ketahuilah syg wpun dgn kehadiran Hafiy..tempat abg tetap utuh di hati malah buat Hny lg bangga n syg kt Abg bile Abg sama2 bantu Hny menjaga Hafiy..Thanx Sayang mmuaahhss=) Tak dinafikan dengan adanya Hafiy, masa yg dulunya lebih utk melayan abg terbahagi2 kini..Hny tau Abg faham dan Abg jgk taukan yg Hny sntiasa ingin memberi yg terbaik untuk suami tercinta..Hingga hujung nyawa InsyaAllah!

Alhamdulillah, sebelum menyambut Ramadhan..dpt jg Hny n Abg balik kg menjenguk keluarga. Ketika yg ada memang dipenuhi dgn pelbagai agenda..hinggakan tidak terasa 3 minggu bercuti. Sempat jgk melaksanakan tanggungjawab utk Hafiy dgn mengadakan majlis aqiqah..terima kasih pd semua=) Hafiy berjalan ke Port Dickson menjayakan family day ofis atok..Hafiy travel balik kg Ummi..Hafiy sempat teman Ummi pusing2 mall.. Nanti nex year kite balik lg ye syg..Msia best kan Hafiy=)(except suasana politik n ekonomi negara skrg!)

Ramadhan n Syawal kali ni lebih bermakna dgn kehadiran Hafiy..lg seronok klu dpt balik beraya Msia kan syg.. Terasa pantas masa berlalu..Alhamdulillah, atas kehendakNya kita masih diberi peluang utk menyambut Ramadhan tahun ini. Dan hanya tinggal beberapa hari lagi utk kita sama2 mengejar ganjaran pahala yg berlipat kali ganda yg semestinya tiada pada bulan biasa. Kepada semua keluarga n sahabat handai Selamat Meningkatkan Kualiti Ibadah Puasa dan berebut2 mengumpul pahala=)

Di kesempatan ini, Nani, suami tercinta Padli dan putera yang dikasihi Hafiy ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua. Kiranya ada terkasar bahasa, terkecil hati, tersalah laku..harap maafkan kami sekeluarga.Kami insan biasa yg x terlepas dari noda. Semoga Syawal kali ini dilalui dgn penuh makna..Happy Eid!

Salam pada semua:)

Semoga hari ni lebih baik dari semalam……..

Tak tau kenapa, tiba2 perasaan rindu datang menerpa..rindu pada semua yg ada kat Msia!Hari2 mmg rindu..tapi hari ni terlebih rindu!! Seronoknya kalau sekarang tgh kelam kabut siapkan lunch or dinner dgn mama n adik2 kat dapur..seronoknya kalau sekarang tgh duduk berkumpul ramai2 tgk tv or movie sama2 especially klu cite yg satu family x gaduh nk tgk:)..seronoknya kalau sekarang bole spend time sama2 main chess, cycling, shopping, gossiping, mandi sungai…emm, OLD SWEET MEMORIES… Teringat masakan mama, suara ayah yg sentiasa bagi support dan nasihat, kritikan membina dr adik2 yg kdg2 ade betulnye wpun diorang lagi muda, rengekan Jepa yg susah nak bangun pg pegi skolah..tibe2 teringat semua tu..yg pasti semalam adalah kenangan yg x mungkin sama dgn hari ni..jd, pastikan hari ini adalah kenangan terindah buat kite untuk Esok……….

Namun, diri jadi kuat dan bersemangat bila fikirkan abg dan baby yg bakal dilahirkan:) Syukur dan Redha ke hadrat Illahi ke atas segala yang telah diberikan.. Pencinta sejati, sahabat setia, penguat semangat, pelindung diri, dan jgk pengkritik tetap:) itulah MY LOVELY HUBBY.. Semalam pegi clinic, do cek up baby..seronoknya abg bila tau gender baby..hny lagi hepi tgk abg hepi..baby blom kluar dah mcm2 plan die:) Alhamdulillah baby sihat..n ummi baby pun makin sihat.. gain weight almost 10 kg. Xpe, as long baby sihat..ummi besar pun takpe..( tp lpas ni abg knala anta hny g spa selalu ye..buat sauna n massage:)…bole syg?

Alhamdulillah mungkin rezeki baby yg bakal dilahirkan..banyak barang2 baby yg Malaysians kat cni dah bg..stroller, baby bouncer, baby car seat, buai, katil baby, toys n mcm2 lg..Thanks so much to All :)Almost 10 weeks to go..ummi dah stat basuh baju n kelengkapan anak ummi yg lain. Tak sabarnya nak menanti kehadiran org baru..Semoga hny dan abg dapat menjadi parent yg bertanggungjawab dan dapat menjaga amanah Allah ini sebaiknye.. Kepada keluarga dan sahabat, maafkan segala keterlanjuran dan doakan semoga segalanya berjalan dgn baik serta dipermudahkan segala urusan..To all those frens yg sntiasa shown their care n concern, terima kasih banyak2 dr kami:)

Sayang selalu n jaga diri

S@L@M 2008/1429H

Salam mesra buat semua,
    Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat, ceria, tenang, dan sejahtera selalu..

    Alhamdulillah, kami di sini dapat menjalani kehidupan seadanya walaupun jauh dari family dan sahabat, ..walaupun sejak kebelakangan ni masa sgt2 mencumburui kami berdua  (kurang dating dh skrg)..coz dis month will full dgn visit dr Msia.., walaupun dpt jmpe hubby bbrp jam je (but still try to catch spending quality time together).., dan walaupun hati sebenarnya runsing mengenangkan keadaan our mak (mak abg) yg masih di HKL akibat serangan angin ahmar.. Semoga mak cepat sembuh dan dijauhkan dari segala perkara yang tak diingini..Amiin. Thanks to all those friends yang sempat dtg melawat mak sepanjang di hospital..n thanks jg pd semua yg wish doa n support to us!

    Sorry pada semua kwn2 yg x sempat diberitahu akn kepulangan kami ke Msia tempohari..walaupun sebenarnya teringin nak berjumpa semua tp rasanya masa sungguh cepat berlalu.(alhamdullillah, keinginan utk mkn prosperity burger sempat jg ditunaikan:) insyaAllah ade rezeki kita pasti jumpa lg..miss u all n take care!

    Doa dan harapan kami agar tahun baru ini lebih memberi seribu barkah dan rahmah kepada hidup kami sekeluarga lebih2 lagi dengan kehadiran orang baru yang pasti menjadi pengikat kukuh cinta suci kami berdua. Doa honey agar abg terus tabah dan kuat dalam menjalani ujian hidup..honey sentiasa di sisi menyokong dan membantu selagi Allah x menarik daya dan kuasa honey:) I REALLY2 LOVE U MORE THAN EVERYTHING..

one of our fav song:)


Pecinta Wanita- irwansyah

ku temukan dalam pencarian
cinta sejati untuk hidupku
kurang lebih yg spt dia
ku harap dlm cintaku

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

Chorus:
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia

ku tak mau menjanjikannya
pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku

Chorus

pecinta wanita
mencintai dia
hanyalah dia

Ada Apa Dengan Oman?

Salam buat semua:)

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Ramai yang tanye apa yang nani buat kat Oman..?:) Ditakdirkan berada di sini kerana mengikut suami berkhidmat untuk negara..dan untuk bersama yang tersayang beberapa pengorbanan harus dilakukan. Title as wanita bekerjaya terpaksa dilepaskan..dan bermulalah kehidupan as surirumah sepenuh masa:)

Though..if there is any official function, as member of perwakilan, kenala join suami attend reception and join other spouse programme with others embassies. Tiap2 hari rabu pula nani akan pergi usrah bersama Malaysian committee , warga Brunei dan Indonesia, berdiskusi isu semasa n ilmu agama sambil dapat juga mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Kadang2 ade Malaysian lady ajak pergi morning coffee..kenala pergi kalau dah dijemput. Now, kena lebih peka kepada masyarakat sekitar especially Malaysians di Oman. Maybe some people will said..mudanye die:)..tapi as wife of diplomat nani kenala sesuaikan dgn keadaan. New experiences..interesting! Banyak yang kena belajar.But, sekarang dok fikir nak do some interesting hobby sampingan..kraf ke? jahit ke? ..any idea kawan2:)

Hari yang dinanti2..WEEKEND!Cuti weekend kat sini pulak berbeza dengan Malaysia..iaitu hari Khamis n Jumaat. Since cuaca yg sgt panas sekarang (40 to 45 celcius)..kami ambik kesempatan berehat saje di rumah for this weekend. Tgk movie, main ps2, ….

Sepanjang tinggal di Oman..adela beberapa tempat yang kami telah dibawa melawat.Nizwa Fort, Nakhal Fort, Wadi2(sungai), Souk(almost like pasar) at Matrah,… Nizwa ni terletak jauh dari Muskat lebih kurang 156 km ( lebih kurang 2 jam drive). Kat sini kiter boleh lihat kehidupan penduduk di kawasan interior. Ada pasar menjual binatang ternakan seperti kambing dan lembu. Uniknya pasar ini ialah diorang menjual binatang2 ini dengan cara berjalan mengelilingi padang yang disediakan. Saper nak beli kena la panggil diorang…. . Nani sempat jugak la melihat pasar-pasar lama dimana banyak barang2 kraftangan oman seperti khanjar(pisau oman yang berbentuk sabit beserta sarungnye), senapang oman, pedang oman, barang hiasan (silver), labu air dan lain. Pas tu singgah sebentar di Fort n Castle di Nizwa tinggalan sejarah askar dan para pejuang Islam dahulu.Fort yang dibina dari campuran tanah liat,jerami,… ni masih utuh berdiri. Banyak laluan rahsia atau lubang shortcut bagi askar2 menyembunyikan diri dari musuh. Sape minat bahan2 artifak mungkin enjoy nak explore fort ni:)

Okla,nani stop kat sini dulu ye. Thanx coz sudi meluangkan masa view Padnani’s Blog:) Salam ukhuwah buat semua..jaga diri hiasi peribadi. Ilal liqa’

Salam dari bumi Oman

Assalamualaikum n salam sejahtera pada semua PadNani’s blog reader:)

Dah lama hati tergerak nak berkongsi cerita,idea, pengalaman dengan becoming pembaca setia PadNani’s blog semua..setiake?!:) Alhamdulillah, niat hati baru saje nak bermula..insyaAllah tak terhenti di sini buat tatapan semua k..

Thank you coz sudi meluangkan masa..at least menjenguk PadNani’s blog:)Tak kira who will be the writer or composer..our story n idea are almost same..kan abang?:)BUT maybe abg can extremely share with u’ll more about his responsibility as Third Secretary of Malaysian Embassy at Muscat..which saya rasa satu tanggugjawab yang teramat besar n berat. Go abg go!! I’m always with you..

Pejam celik..sudah hampir 4 bulan kami berhijrah di Oman. Malaysians di Oman yg baik2 hati dan peramah kadangkala dapat jugak mengubat rindu pada keluarga n sahabat di Malaysia..Rindu Malaysia soooo much!Tak tau lagi bile dapat balik kg..

Oman is a peaceful, clean, n developing country.. Banyak supermarket,hypermarket n carrefour pun ade kat sini.Barang2 keperluan pun tak susah nak dapat ..pasar malam je takde:( rindu murtabak, yong tau fu, nasi kerabu, sate, tau fu fa, keropok lekor ……Kat sini kalau teringin nak makan,kenala berusaha buat sendiri.Hikmahnya duduk jauh2 nie, yg tak pandai buat tiba2 bole jd pandai:) Aritu Kak Ayu ajar buat tauhu..emm ilmu baru lg. Thanx kak:)

Last but not least, salam rindu buat semua dari nani dan hubby. Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmah dan kasihNya..CINTA TERAGUNG